Sunday, 4 October 2015

PAKEJ KELENGKAPAN UMRAH: Murah dan mampu milik

Assalamualaikum...

Bergelar TETAMU ALLAH di Tanah Suci sesungguhnya satu nikmat dan rezeki yang benar-benar tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Sebaik sahaja menatap jelas Kaabah di hadapan mata, antara percaya atau tidak. Sungguh.... dalam hati rasa sebak. Allah... itu adalah Kaabah, arah Qiblat umat Islam yang kita hadap hari-hari.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah, bergelar Tetamu Allah. Saya betul-betul kelam kabut dalam menguruskna keperluan sepanjang berada di sana sungguhpun saya pergi bersama kedua ibu bapa yang sudahpun dua kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Pengalaman berada di sana mengilhamkan saya untuk menyediakan pakej keperluan Umrah khas untuk tetamu Allah. Barang yang benar-benar diperlukan sepanjang berada di sana, diharapkan dapat membantu umat Islam yang lain.

Pastinya dengan harga MAMPU MILIK